CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 9, 2008

Hari Raya

Hari raya yg telah lepas aku sangat bersyukur sbb dapat juga aku berpuasa selama sebulan,sebelum ni jgn hrpla nk ckp,masa kt kolej la,hampir setiap masa g pandu lalu beli mcD,atas hasutan kawan2 la,sanggup aku mengexplotasi kawan perempuanku yang sememangnya x puasa tuk beli makanan 2k kterorg,tp akhirnya ku sedar gak segala kesilapan ku sblm ni,hari raya kali ni ku rasa sunggup nikmat merayakan puasaku yang selama sebulan 2,aku balik kg bt lemang,rendang,ketupat,semua ku bt,walaupun aku hanya tgl atuk seorang tapi ku ttp gembira raya ni,maklumla dapat duit raya banyak gak,dlm 500 lebey,dpt mercun banyak n dpt main meriam bersama kazen2 and kawan2 sekampungku,tp malangnya duit raya ku cpt hbs sbb digunakan untuk mengisi minyak 2k g beraya rmh kwn2 ku,tp ku puas, hari ni dh hbs raya bagi ku walaupn ader byk lg masa,tp bgku raya dh hbs,nk study la plak,sem ni x taw la,malas sgt,apa akan jadi padaku??????????????

Best Friend Forever



Antara bestfriend ku,byk lg x de tmpt dh nk ltk

Hari Bersejarah Dalam Hidupku


Hari aku menerima segulung diploma kt uitm s.alam beb,rasa hapy sgt,setelah bersusah payah menempuh dugaan dalam hidup akhirnya ku dpt gak,hoorey!!

Favourite Pictures




Ni la antara pic yang aku suka n goup yang aku minat,best beb lagu2 diorg

Hari Sukan Kolej Aku


Ni la anak2 buah n adk2 junior aku,wakil kolej aku dalam pasukan bola jaring,adk2 je suma ni.........

Doa Seorang Kekasih

Ya Allah
Seandainya telah
Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah
Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini

Ya Allah
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin Ya Rabbal Al-Amin

Raya punya pantun

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keris
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira