Menepati janji, memenuhi tuntutan sebarang kontrak yang halal walaupun dengan orang yang bukan beragama Islam, tidak menipu atau curang dalam sebarang transaksi kewangan atau perniagaan, tidak cuai atau malas dalam menjalankan tugas yang dipikul dan urus tadbir yang telus, bersih dan cekap juga merupakan cabang-cabang sifat amanah, kerana semuanya berkaitan dengan sikap jujur dan sikap menjaga atau memelihara dengan sebaik-baiknya apa saja yang diterima seseorang sebagai tanggungjawabnya. Allah (S.W.T.) memerintah seperti maksud ayat-ayat berikut:
“Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.”
(Al-Qur’an 17:34)
p/s : jgn sesekali kita mungkir janji ya...kerna akan dituntut di akhirat kelak
Monday, October 6, 2008
Janji
Posted by The Doctor at 10:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment